Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis telah membuat keputusan seperti berikut:
- Bahawa kegiatan jualbeli saham adalah perniagaan.
- Saham yang dimiliki dari mana-mana syarikat perniagaan yang halal serta genap haulnya, maka wajiblah ke atas pemiliknya mengeluarkan zakat perniagaan sekiranya syarikat berkenaan tidak mengeluarkan zakat bagi pihak pemilik saham tersebut.
- Mana-mana pihak yang terlibat dalam perniagaan menjual beli saham yang halal dan mencukupi nisab serta genap haulnya, makan wajiblah ke atasnya mengeluarkan zakat perniagaan.