JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Fatwa Mengenai Fahaman Syiah

Kategori: Akidah
Tahun: 2014
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Pulau Pinang
Keputusan
:

1. Fahaman dan Ajaran Syiah bercanggah dan menyeleweng daripada Fahaman dan Ajaran Ahli Sunnah Wal Jama’ah dan menjadi ancaman kepada perpaduan ummah, keutuhan agama, perpaduan bangsa dan keamanan Negara.


2. Fahaman dan Ajaran ini perlu disekat keseluruhannya daripada berkembang di Negeri Pulau Pinang berdasarkan kepada beberapa percanggahan yang terdapat dalam Fahaman dan Ajaran tersebut sama ada dari sudut akidah, syariah dan lain-lain.


(a) Penyelewengan Dari Sudut Akidah


(i) Khalifah Diwasiatkan Secara Nas

( Sila Rujuk Kitab ‘Aqaid Al-Imamiah Oleh Syeikh Muhammad Redha Al-Muzaffar, Halaman 78)


(ii) Iman Adalah Maksum

(Sila Rujuk Kitab Al-Syiah Fi Al-Mizan Oleh Muhammad Jawad Mughniah, Halaman 38)


(iii) Ilmu Allah Berubah-Ubah Mengikut Suatu Peristiwa Yang Berlaku Kepada Manusia

(Sila Rujuk Kitab Al-Usul Min Al-Kafi Oleh Al-Kulani, Juzu’ 1, Halaman 146)


(iv) Kemunculan Semula Imam Mahdi Dan Kumpulan Orang Yang Telah Mati Untuk Memberi Keadilan

(Sila Rujuk Kitab Aqa’id Al-Imamiah Oleh Syeikh Muhammad Redha Al-Muzaffar, Halaman 83)


(v) Berpura-Pura

(Sila Rujuk Kitab Al-Usul Min Al-Kafi, Juzu’ 2 Oleh Abu Ja’afar Muhammad Bin Ya’kub Bin Ishak Al-Kulani Al-Razi, Halaman 217)


(vi) Muhammad Bin Hassan Al-Askari Ialah Imam Mahdi Al-Muntazar

(Sila Rujuk Kitab As-Syiah Wa Al-Tashih Al-Syira’ Baina Al-Syiah Wa Al Tasyayyu’ Oleh Dr. Musa Al-Musawi, Halaman 61)


(vii) Saidina Ali Disama Tarafkan Dengan Allah SWT

(Sila Rujuk Kitab Al-Usul Min Al-Kafi Oleh Al-Kulaini, Juzu’ 1, Halaman 197)


(viii) Mengkafirkan Para Sahabat Rasulullah SAW

(Sila Rujuk Kitab Al-Anwar Al-Nu’maniah Oleh Syed Nikmatullah Al-Musawi, Halaman 81) 


(ix) Menghalalkan Nikah Muta’ah

(Sila Rujuk Kitab Man La Yahduruhu Al-Faqhcoleh Abu Ja’far Muhammad Bin Ali Bin Al-Hussain Bin Babawaih Al-Qummi, Juzu’ 1, Halaman 358)


(b) Penyelewengan Dari Sudut Syariah


(i) Menolak Ijma’ Ulama’

(Sila Rujuk Kitab Mukhtasar Al-Tuhfah Al-Ithna Asyariyyah Oleh Shah Abdul Aziz Ghulam Hakim Al-Dahlawi, Halaman 51)


(ii) Menolak Qias

Sila Rujuk Kitab Aslu Al-Syiah Wa Usulaha Oleh Muhammad Bin Al-Hussain Ali Kashif Al-Ghito’, Halaman 149)


(iii) Mengamalkan Nikah Muta’ah

(Sila Rujuk Kitab Al-Nihayah Fi Mujarrad Al-Fiqh Wa Al-Fatawa Oleh Abu Ja’faar Muhammad Bin Al-Hassan Al-Tusi, Halaman 489-491. Kitab Tahzib Al-Ahkam Oleh Abu Ja’far Muhammad Bin Al-Tusi, Halaman 254, 259, 266)


(iv) Menolak ‘Aul Dan Mendahulukan Qorabah Daripada ‘Asobah Dalam Masalah Pusaka

(Sila Rujuk Buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di Antara Nas Dan Ijtihad) Oleh Al-Hasan Bin Yusuf Al-Mutahhar Al-Hulliyy, Terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, Halaman 100-101)


(v) Menuduh Abu Bakar, Umar, Uthmandan Mu’awiyah Sebagai Empat Berhala Quraisy Serta Pengikut Mereka Adalah Musuh Allah SWT

(Sila Rujuk Kitab Al-Tafsir Oleh Muhammad Bin Mas’ud Bin Al-Iyasy, Juzu’ 1, Halaman 166)


(vi) Hanya Saidina Ali Yang Menghimpunkan Al-Quran Dengan Sempurna

(Sila Rujuk Kitab Al-Usul Min Al-Kafi Oleh Al-Kulani, Juzu’ 1, Halaman 228)


(vii) Menambah Syahadah

(Sila Rujuk Kitab Al-Usul Min Al-Kafi Oleh Al-Kulani, Juzu’ 1, Halaman 441)


(viii) Menolak Hadith Yang Diriwayatkan Oleh Ahli Sunnah Wal Jama’ah

(Sila Rujuk Kitab Aslu Al-Syiah Wa Usulaha Oleh Muhammad Bin Al-Hussain Ali Kashif Al-Ghito’, Halaman 149)


(c) Pelbagai Penyelewengan Umum


(i) Menziarahi Kubur Saidina Ali Ganjarannya Syurga

(Sila Rujuk Kitab Al-Irsyad Oleh Muhammad Bin Muhammad Bin Al-Nu’man Al-Baghdadi, Halaman 252)


(ii) Menyeksa Tubuh Badan Sempena 10 Muharram

(Sila Rujuk Kitab As-Syiah Wa Al-Sira’ Baina Al-Syiah Wa Al Tasyayyu’ Oleh Dr. Musa Al-Musawi, Halaman 98)


(iii) Menghina Abu Bakar Dan Umar Serta Dua Orang Isteri Nabi Muhammad SAW Iaitu Saiddatina Aisyah Dan Hafsah

(Sila Rujuk Kitab Tuhfah Al-Awam Maqbul Oleh Al-Syed Manzur Hussain, Halaman 330)


(iv) Menetapkan Prinsip Khumus Sebagai Kadar Zakat

(Sila Rujuk Kitab Tahzib Al-Ahkam Oleh Ja’far Muhammad Bin Al-Tusi, Halaman 122)


(v) Imamah Dan Khilafah Sebahagaian Daripada Rukun Islam Dan Ianya Berlaku Melalui Nas

(Sila Rujuk Kitab Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di Antara Nas Dan Ijtihad) Oleh Al-Hassan Bin Yusuf Al-Mutahhar Al-Hulliyy, Terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, Halaman 145-146)


(vi) Mengharuskan Jama’ Sembahyang Dalam Semua Keadaan

(Sila Rujuk Kitab Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di Antara Nas Dan Ijtihad) Oleh Al-Hassan Bin Yusuf Al-Mutahhar Al-Hulliyy, Terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, Tahun 1993 Halaman 36)


(vii) Sembahyang Dhuha Adalah Bida’ah

(Sila Rujuk Kitab Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di Antara Nas Dan Ijtihad) Oleh Al-Hassan Bin Yusuf Al-Mutahhar Al-Hulliyy, Terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, Halaman 31)


(viii) Islam Bukanlah Syarat Wajib Haji

(Sila Rujuk Kitab Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di Antara Nas Dan Ijtihad) Oleh Al-Hassan Bin Yusuf Al-Mutahhar Al-Hulliyy, Terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, Halaman 31)


(ix) Wajib Menyapu Kedua-Dua Belah Kaki Dan Tidak Memadai Basuh Pada Kedua-Duanya

(Sila Rujuk Kitab Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di Antara Nas Dan Ijtihad) Oleh Al-Hassan Bin Yusuf Al-Mutahhar Al-Hulliyy, Terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, Halaman 31)


3. Mana-mana orang Islam atau kumpulan dilarang berpegang kepada ajaran dan fahaman tersebut kerana ia bertentangan dengan Ajaran dan Fahaman Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Larangan ini meliputi :


(a) Mana-mana orang Islam, sama ada secara individu atau berkumpulan, yang menjadi pengikut ajaran dan fahaman ini adalah disifatkan menggamalakn ajaran dan fahaman yang bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah;


(b) Mana-mana orang Islam, sama ada secara individu atau berkumpulan, melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang menjadi ahli Jama’ah atau pengikut Syiah dengan berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan Ajaran dan Fahaman Syiah adalah disifatkan mengamalkan ajaran dan fahaman yang bercanggah dengan aqidah Ahlli Sunnah Wal Jama’ah;


(c) Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran atau fahaman syiah atau apa-apa ajaran atau fahaman baharu yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran dan fahaman syiah adalah bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah;


(d) Apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan ajaran atau fahaman syiah atau apa-apa ajaran atau fahaman baharu yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran dan fahaman syiah dalam apa-apa jua bentuk penerbitan dan cetakan adalah diharamkan;


(e) Orang-orang Islam juga adalah dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual, termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, risalah, buku, majalah atau apa-apa terbitan lain, dan apa-apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda yang boleh mengaitkan Ajaran dan Fahaman Syiah kepada mana-mana harta alih atau tak alih, dan semua pihak dilarang daripada memberi apa jua kemudahan dan bantuan;


(f) Apa-apa jua bentuk tindakan seperti yang dinyatakan di atas hendaklah dihalang dan diambil tindakan menurut undang-undang.


Klik disini untuk mencetak