JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah

Kategori: Akidah
Tahun: 2008
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM

(NEGERI SELANGOR) 2003

 

Menurut seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Bil. 3/2008 bertarikh 10 Jun 2008 dan atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam Jadual dan disiarkan menurut subseksyen 48(6) Enakmen itu.

 

JADUAL

 

ISU TUNTUNTAN PENGANUT KRISTIAN TERHADAP PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH

 

1. Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.

 

2. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan Undang-Undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Klik disini untuk mencetak