JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Anak Tak Sah Taraf

Kategori: Munakahat
Tahun: 2005
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

 Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 8 pada 6 September 2004 bersetuju menerima Sighah Pewartaan Anak Tak Sah Taraf yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-64 pada 27 Julai 2004 seperti berikut :

 

i) Anak zina atau anak di luar nikah (anak tak sah taraf) sama ada diikuti dengan perkahwinan kedua pasangan ibu 'bapanya' atau tidak hendaklah dibinkan atau dibintikan kepada 'Abdullah'.

 

ii) Anak Tak Sah Taraf' ialah :


a. Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan;


b. Anak yang dilahirkan kurang dari 06 bulan 02 lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh akad nikah.


iii) 'Anak Tak Sah Taraf' tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Oleh itu mereka tidak boleh pusaka mempusakai, tidak menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali.

 

Klik disini untuk mencetak