JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Fatwa Mengenai Penggunaan Kalimah Allah Hanya Merujuk Kepada Tuhan Yang Maha Esa Dalam Agama Islam Sahaja

Kategori: Akidah
Tahun: 2010
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Perak
Keputusan
:

BAHAWASANYA Jawatankuasa Fatwa, pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen 36 dan seksyen 27 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 [Enakmen 4 tahun 2004], telah menyediakan fatwa yang terkandung dalam ini:

 

Dan bahawasanya menurut seksyen 37 Enakmen yang sama, Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan telah memperkenankan penyiaran fatwa ini dalam warta dan Kerajaan Negeri telah dimaklumkan tentang fatwa ini:

 

Maka, oleh yang demikian, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004, Jawatankuasa Fatwa, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, membuat dan menyiarkan fatwa yang berikut:


(i) Penggunaan Kalimah Allah hanya dikhususkan kepada umat Islam;

 

(ii) Mana-mana penganut selain daripada penganut Agama Islam adalah dilarang daripada menggunakan Kalimah Allah untuk sebarang tujuan atau maksud;


(iii) Orang-orang yang bukan beragama Islam adalah dilarang daripada menggunakan kalimah Allah dalam apa jua penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan sebagainya.


Selanjutnya sila klik:

 http://mufti.perak.gov.my/images/perkhidmatan/koleksi_umum/warta_kerajaan/kalimah.pdf

Klik disini untuk mencetak