JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Anak Tak Sah Taraf

Kategori: Munakahat
Tahun: 2004
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Terengganu
Keputusan
:

 Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 50(6) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 1422H/2001M En. Tr. 2/2001), setelah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan dan setelah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dengan ini menyiarkan fatwa yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 50 Enakmen ini seperti berikut:


" Anak tak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Oleh itu mereka tidak boleh pusaka mempusakai, tidak menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali dan tidak diharuskan perkara-perkara yang diharuskan bagi keluarga yang sah tarafnya pada syarak ".

Klik disini untuk mencetak