JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Larangan Penggunaan Kalimah Allah Ke Atas Penganut Kristian dan Orang Bukan Islam

Kategori: Akidah
Tahun: 2010
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil.1/2010 yang bersidang pada 10 Rabiulawwal 1431H bersamaan 24 Februari 2010M telah membincangkan mengenai Larangan Penggunaan Kalimah Allah Ke Atas Penganut Kristian dan Orang Bukan Islam dan bersetuju memutuskan seperti berikut;

 

i) Bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain.

 

ii) Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Klik disini untuk mencetak