JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Larangan Penggunaan Kalimah Allah di Kalangan Bukan Islam

Kategori: Akidah
Tahun: 2008
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Wilayah Persekutuan
Keputusan
:

Mesyuarat telah meneliti kertas kerja yang dibentangkan dan mengambil keputusan bahawa:

 

1. Lafaz Allah [Lafz Al-Jalalah] merupakan kalimah suci yang khusus untuk agama dan umat Islam sahaja, dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam.

 

2. Wajib bagi umat Islam menjaga lafaz ini dengan cara yang terbaik.

 

3. Bahawa sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

 

4. Bahawa empat [4] perkataan khusus iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan pengunaan oleh orang bukan Islam.

 

5. Bersetuju supaya diadakan dan dikuatkuasakan Akta Kawalan dan Sekatan Penggabungan Agama Bukan Islam kepada orang Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan sepertimana di negeri-negeri lain.

Klik disini untuk mencetak