JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Menggunakan Kalimah Allah Oleh Orang Bukan Islam

Kategori: Akidah
Tahun: 2008
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pahang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-2/2008 yang bersidang pada 11-12 Jun 2008 telah membincangkan mengenai Hukum Menggunakan Kalimah Allah Dalam Buku Terbitan Penganut Kristian. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :

 

  1. Penggunaan, pernyataan, penyebaran, percakapan, apa-apa bentuk penerbitan samada media elektronik atau media cetak menggunakan kalimah Allah oleh orang bukan Islam yang boleh mengeliru atau memesongkan akidah kepada umat Islam sebagaimana termaktub dalam Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam No.5 tahun 1989 dan lain-lain istilah agama Islam yang dipakai oleh orang Islam untuk kegunaan agama Islam adalah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam.
  2. Kesalahan menggunakan kalimah Allah dan istilah agama Islam telah termaktub dalam Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam No.5 tahun 1989.


http://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/27-keputusan-fatwa-2008/113-hukum-menggunakan-kalimah-allah-oleh-orang-bukan-islam

Klik disini untuk mencetak