JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Isu Tuntutan Penganut kristian terhadap Kalimah "Allah"

Kategori: Akidah
Tahun: 2012
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Terengganu
Keputusan
:

1.    Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu memutuskan bahawa lafaz "Allah" merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan dalam apa jua cara atau bentuk atau disamakan dengan agama-agama yang bukan Islam.

 

 

2.    Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuatkuasa di dalam Negeri terengganu.

 

 

Klik disini untuk mencetak