JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Ajaran Salafiah @ Wahabiah Dan Seumpamanya Di Negeri Pahang

Kategori: Akidah
Tahun: 2014
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pahang
Keputusan
:

Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang pada 19 Februari 2014 Kali Ke 1/2014 telah memutuskan dilarang mana-mana orang Islam menyebar dan menyimpan bahan bacaan Ajaran As-Salafiah @ Al- Wahabiyah dan seumpamanya. Tindakan secara penguatkuasaan undang-undang boleh dilaksanakan kepada sesiapa yang melanggar larangan tersebut mengikut kesalahan yang terkandung di dalam Enakmen Jenayah Syariah 2013. Sesiapa yang mempunyai tauliah dan melanggar larangan tersebut boleh diambil tindakan undang-undang dan ditarik tauliah atau kebenaran mengajar yang telah di berikan


  1. Ajaran As Salafiah @ Wahabiyah adalah ajaran yang berlainan dengan apa yang dipegang oleh umat Islam di Malaysia yang berlandaskan mazhab Asyirah dan Maturidiah di dalam akidah dan mazhab Syafie di dalam bab Fekah.
  2. Ajaran As Salafiah @ Wahabiyah kebiasaanya menganggap apa yang diamalkan oleh umat Islam di Malaysia sejak sekian lama adalah sebagai bidaah. Sedangkan amalan-amalan seperti tahlil, bacaan Yasin malam Jumaat, bacaan Qunut dan sebagainya itu hanyalah khilafiyah di kalangan ulama Islam.
  3. Adalah terbukti di sesetengah tempat kewujudan ajaran As-Salafiah @ Wahabiyah ini membawa kepada perpecahan di kalangan umat Islam di Malaysia. Oleh itu, ajaran ini adalah di larang diajar dan diamalkan di Negeri Pahang khususnya.   


Sumber :


http://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/18-2014/59-tegahan-dan-larangan-menyebarkan-ajaran-salafiah-wahabiah-dan-seumpamanya-di-negeri-pahang

Klik disini untuk mencetak