JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Bioteknologi Dalam Makanan & Minuman

Kategori: Makan dan Minum
Tahun: 1999
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa:


1. Barangan, makanan dan minuman yang diproses melalui kaedah bio-teknologi DNA babi adalah bercanggah dengan syarak dan hukumnya adalah haram.


2. Penggunaan bio-teknologi DNA babi dalam pemprosesan barangan, makanan dan minuman belum lagi sampai ketahap yang boleh dikatakan darurat kerana masih ada pilihan bahan yang lain.


3. Ijtihad ini adalah berpegang kepada kaedah usul fiqh seperti berikut: Maksudnya: 'Mencegah perkara-perkara yang keji adalah lebih utama daripada mengajak kepada kebaikan'.

Klik disini untuk mencetak