JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Fatwa Pencemaran Alam Sekitar

Kategori: Lain-lain
Tahun: 2016
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Perlis
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-20 dan 21/2016 yang bersidang pada 18-19 Februari 2016 bersamaan 9-10 Jamadil Awwal 1437H telah memutuskan seperti berikut:


Islam adalah agama yang memelihara kemaslahatan kehidupan manusia dan alam. Tujuan syariah itu sendiri juga menegakkan maslahah dan mengelakkan mafsadah. Maka, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis dengan ini menyatakan:

  1. Apa-apa perbuatan yang mencemarkan alam sekitar dan memberi kesan kemudharatan fizikal secara langsung kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan adalah haram, kecuali jika terdapat maslahah muktabar yang lebih besar atau mengelak mafsadah yang nyata.
  2. Setiap muslim wajib mengelakkan diri daripada melakukan apa-apa sahaja aktiviti dan perbuatan yang boleh memberi kesan kepada pencemaran alam sekitar yang merosakkan kehidupan dan mengganggu secara langsung ekosistem. Sebarang usaha bagi menjaga alam sekitar adalah perbuatan yang digalakkan oleh agama dan merupakan amalan soleh.



Klik disini untuk mencetak