JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah

Kategori: Akidah
Tahun: 2009
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pulau Pinang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2009 yang bersidang pada 19 Mac 2009 telah membincangkan mengenai Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Mesyuarat bersetuju dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Kali Ke-82 yang bersidang pada 5-7 Mei 2008 yang memutuskan bahawa lafaz kalimah Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan

Klik disini untuk mencetak