JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pengguguran Janin Dan Membekal Bahan Kontraseptik Kepada Golongan Yang Berisiko Tinggi

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2010
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Pahang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2010, pada 6 Semptember 2010 memutuskan Hukum pengguguran janin dan membekal bahan kontraseptif kepada golongan yang berisiko tinggi adalah seperti berikut :


  1. Diharuskan pengguguran janin yang kurang daripada 4 bulan (120 hari) kepada mangsa rogol, mangsa HIV dan golongan OKU (mental dan fizikal yang tidak mampu menguruskan diri).
  2. Hukum menggugurkan janin yang telah mencapai umur 4 bulan atau 120 hari adalah haram kecuali atas nasihat pakar perubatan Islam yang adil dan ia diperlukan bagi mengelakkan kemudaratan nyawa kepada ibu.
  3. Haram menggugurkan janin hasil zina kecuali ia memudaratkan kesihatan ibu.
  4. Hukum membekalkan bahan kontraseptif untuk tujuan penzinaan adalah haram.


http://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/24-keputusan-fatwa-2010/90-hukum-pengguguran-janin-dan-membekal-bahan-kontraseptik-kepada-golongan-yang-berisiko-tinggi

Klik disini untuk mencetak