JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Zakat Syarikat/Anak Syarikat Yang Dimiliki Oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB)

Kategori: Zakat
Tahun: 2001
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) yang bersidang pada 16 Ogos 2001 telah membincangkan Zakat Syarikat/Anak Syarikat Yang Dimiliki Oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB). Muzakarah telah memutuskan bahawa Pemodalan Nasional Berhad (PNB) memiliki anak-anak syarikat yang tidak disatukan. Masa kini anak syarikat milik PNB tidak dikenakan zakat tetapi zakat hanya dikenakan pada pelaburan perseorangan dan pemegang saham sahaja.


Oleh itu menjadi tanggungjawab PNB memberikan kesedaran kepada pelabur perseorangan supaya membayar zakat untuk mereka. PNB juga dikehendaki memberi peringatan kepada pemegang saham supaya membayar zakat.

Klik disini untuk mencetak