JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Zakat Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA)

Kategori: Zakat
Tahun: 2003
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-60 yang bersidang pada 23 Oct 2003 telah membincangkan Zakat Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA). Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. ANGKASA wajib mengeluarkan zakat setelah ditolak semua perbelanjaan perkhidmatan, pengurusan dan cukai pendapatan kiranya cukup haul dan nisab dengan kadar 2.5%.
  2. Zakat hendaklah dibayar berdasarkan kepada pendapatan dan keuntungan daripada aktiviti perniagaan yang dijalankan apabila mendapat pertumbuhan, perkembangan dan pembesaran berbanding nilai dan modal.
Klik disini untuk mencetak