JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Zakat Ke Atas Syarikat

Kategori: Zakat
Tahun: 1992
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-31 yang bersidang pada 9 Dec 1992 telah membincangkan Zakat Ke Atas Syarikat. Muzakarah telah memutuskan bahawa syarikat perniagaan adalah diwajibkan zakat apabila mencukupi syarat-syarat seperti berikut:

  1. Perniagaan yang dimiliki oleh orang islam.
  2. Perniagaan yang dimiliki oleh orang islam yang merdeka.
  3. Sempurna milik.
  4. Cukup nisab.
  5. Cukup haul ( genap setahun qamariah/ 354.3hari)
  6. Kadar zakat ke atas syarikat tersebut adalah 2.5%.

Syarikat yang dimiliki bersama antara orang islam dan bukan islam, maka wajib ke atas jumlah saham yang dimiliki oleh orang islam sahaja berdasarkan pendapatan bersih yang diperolehi.

 

Klik disini untuk mencetak