JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pembayaran Zakat Oleh Tabung Haji

Kategori: Zakat
Tahun: 1979
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-17 yang bersidang pada 3 May 1979 telah membincangkan Pembayaran Zakat Oleh Tabung Haji. Persidangan telah memutuskan bahawa:


  1. Lembaga Urusan dan Tabung Haji adalah diwajibkan membayar zakat bagi pihak penyimpan-penyimpan dari wang simpanannya, dari hasil pelaburan dan dari harta yang diperniagakan serta segala keuntungan daripadanya.
  2. Setelah dikeluarkan zakat oleh Lembaga Urusan dan Tabung Haji bagi pihak penyimpan-penyimpan itu, maka barulah keuntungan bersih itu dibahagi di antara penyimpan dengan Lembaga Urusan dan Tabung Haji menurut peratus yang ditentukan.
  3. Lembaga Urusan dan Tabung Haji sendiri tidak diwajibkan mengeluarkan zakat dari harta yang didapatinya dari (ii) di atas.
  4. Zakat tersebut hendaklah dibayar kepada Majlis Agama Islam negeri-negeri, mengikut kadar simpanan penyimpan-penyimpan di negeri masing-masing.
Klik disini untuk mencetak