JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Zakat Ke Atas Firma-Firma Dan Syarikat Konsultan

Kategori: Zakat
Tahun: 2001
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-50 yang bersidang pada 10 Mei 2001 telah membincangkan Hukum Zakat Ke Atas Firma-Firma Dan Syarikat Konsultan. Muzakarah telah memutuskan bahawa wajib zakat ke atas firma-firma dan syarikat konsultan, jika dimiliki bersama antara orang Islam dan bukan Islam, hak orang Islam sahaja yang kena zakat dan tidak ke atas milik bukan muslim.

Klik disini untuk mencetak