JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Zakat Ke Atas Pendapatan FELDA Dan Syarikat-Syarikatnya

Kategori: Zakat
Tahun: 2005
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-71 yang bersidang pada 22 - 24 Nov 2005 telah membincangkan Zakat Ke Atas Pendapatan FELDA Dan Syarikat-Syarikatnya. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. FELDA wajib mengeluarkan zakat ke atas hasil pendapatannya dengan mengambilkira pendapatan anak-anak syarikat, sekiranya semua urusan ke atas pemilikan ekuiti dan akaun pendapatan anak-anak syarikat dikawal oleh FELDA sendiri.
  2. Walaubagaimanapun, sekiranya pendapatan anak-anak syarikat FELDA diuruskan melalui akaun yang berasingan, maka anak-anak syarikat tersebut wajib mengeluarkan zakat pendapatannya secara berasingan.
Klik disini untuk mencetak