JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Zakat Ke Atas Syarikat Yang Dimiliki Oleh Tabung Haji

Kategori: Zakat
Tahun: 2003
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-58 yang bersidang pada 29 Jul 2003 telah membincangkan Zakat Ke Atas Syarikat Yang Dimiliki Oleh Tabung Haji. Muzakarah telah memutuskan bahawa

  1. Anak-anak syarikat Tabung Haji wajib membayar zakat masing-masing.
  2. Dalam membuat perkiraan zakat, dividen yang diisytiharkan oleh anak-anak syarikat dan dibayarkan kepada syarikat induk hendaklah ditolak.
  3. Zakat ini hendaklah dibayar berdasarkan modal asal dan keuntungan sekiranya ada.




 

Klik disini untuk mencetak