JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Zakat Ke Atas Bank-Bank Dan Syarikat-Syarikat Perniagaan Yang Berlandaskan Syariah Yang Syarikat Induknya Di Miliki Oleh Orang Bukan Islam

Kategori: Zakat
Tahun: 2001
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) yang bersidang pada 16 Aug 2001 telah membincangkan Zakat Ke Atas Bank-Bank Dan Syarikat-Syarikat Perniagaan Yang Berlandaskan Syariah Yang Syarikat Induknya Di Miliki Oleh Orang Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa semua perbankan Islam yang menjalankan pengurusan perniagaan berlandaskan syarak wajib mengeluarkan zakat begitu juga semua kaunter yang menjalankan perniagaan berlandaskan syarak yang induknya bukan Islam.

Klik disini untuk mencetak