JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Memberi Zakat Kepada Orang Bukan Islam Bagi Tujuan Dakwah

Kategori: Zakat
Tahun: 2007
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia

(Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-79 yang bersidang pada 6 - 8 September 2007 telah membincangkan Hukum Memberi Zakat Kepada Orang Bukan Islam Bagi Tujuan Dakwah. Muzakarah telah memutuskan bahawa pengagihan zakat perlu diberi keutamaan kepada umat Islam mengikut asnaf-asnaf yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun, pemerintah diharuskan memberi zakat kepada orang bukan Islam berdasarkan siasah dan keperluan secara hikmah bagi tujuan dakwah.

Klik disini untuk mencetak