JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Kajian Semula Hukum Agihan Semula Zakat Secara Persendirian

Kategori: Zakat
Tahun: 2009
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia ( Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-87 yang bersidang pada 23 – 25 Jun 2009 teah membincangkan Kajian Semula Hukum Agihan Semual Zakat Secara Persendirian. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Dari aspek hukum syarak, keputusan yang telah dipersetujui pada Muzakarah kali ke -76 bertarikh 21-23 Nov 2006 adalah selaras dengan pandangan syarak dan tidak perlu dibuat sebarang pindaan.
  2. Sudah sampai masanya pihak berkuasa agama negeri memberi keutamaan kepada soal agihan kepada golongan asnaf yang layak. Isu pengagihan zakat secara persendirian yang berlaku lebih bersifat pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang yang terletak di bawah bidangkuasa negeri-negeri dan ia perlu dibincang dan diselaraskan dengan semua Majlis Agama Islam Negeri.
  3. Supaya pihak JAWHAR menjalankan kajian impak positif dan negatif terhadap agihan zakat yang dilakukan secara persendirian dan hasil kutipan yang diterima dan dibentangkan kepada semua Majlis Agama Islam Negeri.
Klik disini untuk mencetak