JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:
Hukum Penggunaan Penandaan Berdakwat Bagi Pesakit Kanser
Kategori: Perubatan
Tahun: 2010
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang Kali Ke-90 di Bilik Mesyuarat Senat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 1 Mac 2010 telah membincangkan isu Hukum Penggunaan Penandaan Berdakwat Bagi Pesakit Kanser dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

"Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan tanda dakwat untuk rawatan pesakit kanser dengan menggunakan dakwat Holbein Drawing Ink yang telah disahkan kandungannya tidak mengandungi najis adalah diharuskan dan pesakit boleh berwuduk seperti biasa memandangkan dakwat tersebut hanya dimasukkan di bawah permukaan kulit".

Klik disini untuk mencetak