JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:
Hukum Bedah Siasat Ke Atas Mayat Yang Bukan Dikategorikan Kematian Kerana Kes Jenayah
Kategori: Perubatan
Tahun: 2004
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-61 yang bersidang pada 27 Januari 2004 telah membincangkan mengenai Hukum Bedah Siasat Ke Atas Mayat Yang Bukan Dikategorikan Kematian Kerana Kes Jenayah. Muzakarah telah memutuskan bahawa “Hukum asal pembedahan mayat adalah haram tetapi dibolehkan sekiranya dalam keadaan dharurat dan terdapat keperluan yang mendesak seperti membuat kajian terhadap penyakit, mengenalpasti punca kematian dan penyelidikan serta pendidikan khususnya dalam bidang perubatan”.
Klik disini untuk mencetak