Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang Kali Ke-8 di Bilik Mesyuarat, Bangunan Berjaya Kota Kinabalu, Sabah pada 24 - 25 September 1984 telah membincangkan isu Gelatin Dalam Ubat dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut:
"Penggunaan gelatin dalam ubat pada masa sekarang adalah diharuskan kerana dharurat. Sekiranya telah ada bahan halal yang dapat menahan ubat dari cepat rosak, maka penggunaan gelatin dalam ubat tidaklah lagi diharuskan".