JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penyelarasan Kaedah Penentuan Harga Zakat Fitrah Seluruh Malaysia

Kategori: Zakat
Tahun: 2002
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-51 yang bersidang pada 11 Mac 2002 telah membincangkan isu Penyelarasan Kaedah Penentuan Harga Zakat Fitrah Seluruh Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

 

  1. Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri adalah berdasarkan harga semasa bagi beras Super Tempatan Gred A yang beratnya satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.70 kilogram; dan
  2. Bagi beras yang berlainan grednya, hendaklah ditentukan menurut perkiraan satu gantang Baghdad.
Klik disini untuk mencetak