Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-8 yang bersidang pada 24-25 September 1984 telah membincangkan isu Garis Panduan Bagi Pengurusan Jenazah Orang-Orang Islam Luar Negeri. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
-
Pembedahan mayat orang Islam hanya boleh dilakukan jika sekirannya keadaan benar-benar memerlukan (darurat) sahaja seperti terlibat di dalam kes-kes jenayah yang benar-benar memerlukan post mortem atau simati tertelan benda yang berharga atau si mati yang sedang mengandung sedangkan kandungannya masih hidup.
-
Pengkebumian mayat di dalam peti yang tertutup boleh dilakukan dengan syarat muka simati dibuka dan tubuhnya dihadapkan ke arah qiblat.
-
Pemindahan mayat dari satu negeri ke satu negeri yang lain adalah harus sekiranya keadaan memerlukan (darurat) tetapi mestilah dipastikan simati dipindahkan dalam keadaan yang baik dan sempurna.