JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:
Hukum Menggunakan Pengimbas Badan di Lapangan Terbang
Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2011
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:
 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Hukum Menggunakan Pengimbas Badan di Lapangan Terbang. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut :
 
  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa berdasarkan kaedah fiqh yang menyebutkan bahawa "??? ??????? ???? ?? ??? ???????" , pada prinsipnya menjaga keselamatan negara dan rakyat adalah perlu diutamakan apabila berlaku pertembungan di antara kerosakkan dan kemaslahatan.
     
  2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa tiada halangan untuk membenarkan penggunaan sistem pengimbas ini sekiranya berlaku keperluan yang mendesak (dharurat) bagi menjaga keselamatan negara dari ancaman musuh seperti dadah, senjata api dan sebagainya.
     
Klik disini untuk mencetak