JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:
Hukum Mengiringi Bacaan al-Quran Dengan Muzik dan Menggunakan Matan Hadis, Terjemahan al-Quran Serta Terjemahan Hadis Sebagai Lirik Lagu
Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2011
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:
 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Mengiringi Bacaan  al-Quran Dengan Muzik dan Menggunakan Matan Hadis, Terjemahan al-Quran Serta Terjemahan Hadis Sebagai Lirik Lagu. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
 
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan supaya panduan hukum terhadap isu ini dirujuk kepada garis panduan-garis panduan sedia ada seperti Garis Panduan Hiburan Di Dalam Islam dan Garis Panduan Penapisan Bahan-bahan Penerbitan Berunsur Islam yang telah diperakukan oleh Muzakarah.
 
Muzakarah juga mencadangkan agar pemerhatian secara berterusan terhadap perkara ini dilakukan oleh JAKIM supaya kecenderungan industri muzik dalam menggunakan nas-nas al-Quran atau hadith sebagai lirik lagu ini terkawal dan tidak mencemarkan kesucian Islam.
 
Klik disini untuk mencetak