JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pengurusan Wang Dan Harta Milik Orang Islam Yang Tidak Dituntut Dan Status Kementerian Kewangan Sebagai Perbendaharaan Negara Yang Boleh Bertindak Sebagai Baitulmal Dalam Menguruskannya

Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 2012
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-99 yang bersidang pada 4 hingga 6 Mei 2012 telah membincangkan Pengurusan Wang Dan Harta Milik Orang Islam Yang Tidak Dituntut Dan Status Kementerian Kewangan Sebagai Perbendaharaan Negara Yang Boleh Bertindak Sebagai Baitulmal Dalam Menguruskannya. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

 

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa mengikut perundangan Islam, wang tidak dituntut perlu diberikan kepada Baitulmal sebagai salah satu sumber yang terletak di bawah kategori harta tidak bermusim (ghayr dawriyyah).

 

Sehubungan itu, memandangkan cadangan supaya pengurusan wang dan harta tak dituntut diserahkan kepada Baitulmal ini bertentangan dengan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia, Muzakarah bersetuju mencadangkan supaya institusi-institusi kewangan Islam menggunakan suatu mekanisme lain iaitu dengan memasukkan Aqad Tabarru’ dalam Terma Perjanjian bagi membolehkan wang dan harta tak dituntut milik orang Islam diserahkan kepada Baitulmal supaya harta tersebut dapat dimanfaatkan untuk maslahah umat Islam.

 

 

Klik disini untuk mencetak