JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:
Hukum Penggunaan Dakwat Kekal (Indelible Ink) Dalam Proses Pengundian Oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)
Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2013
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:
 
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 17 Julai 2013 telah membincangkan Hukum Penggunaan Dakwat Kekal (Indelible Ink) Dalam Proses Pengundian Oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
 
  1. Berdasarkan pembentangan laporan analisis kimia, taklimat dan penjelasan daripada Jabatan Kimia Malaysia serta penjelasan daripada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), adalah didapati Dakwat Kekal (Indelible Ink) yang akan digunakan oleh SPR tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan oleh syarak, tidak memberikan kesan mudharat dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit (telap air) apabila digunakan.
     
  2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa dari aspek syarak penggunaan Dakwat Kekal (Indelible Ink) tersebut adalah harus dan dibenarkan kerana ia tidak akan menimbulkan masalah kepada ibadah umat Islam. Keputusan ini hanya tertakluk kepada bahan yang telah dikemukakan oleh SPR dan diuji oleh Jabatan Kimia Malaysia  sahaja”.
     
 
Klik disini untuk mencetak