JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:
Kajian Semula Hukum Penggunaan Vaksin Meninggitis Monumen
Kategori: Perubatan
Tahun: 2014
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-105 yang bersidang pada 3-5 Februari 2014 telah membincangkan mengenai Kajian Semula Hukum Penggunaan Vaksin Meninggitis Monumen. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
 
  1. Setelah meneliti formulasi dan proses terbaru dalam penghasilan Vaksin Menomune yang bebas daripada penggunaan sebarang sumber haiwan beserta fakta-fakta dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum penggunaan Vaksin Meningitis Menomune yang dikeluarkan oleh Sanofi Pasteur adalah diharuskan.
     
  2. Oleh yang demikian, status pengharaman terhadap vaksin tersebut yang telah diputuskan pada Muzakarah kali Ke-53 tarikh 27 November 2002 adalah dibatalkan.
 
Klik disini untuk mencetak