JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:
Penghasilan Monosodium Glutamat (Msg) Menggunakan Mikro Organisma Terubahsuai
Kategori: Makan dan Minum
Tahun: 2014
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-105 yang bersidang pada 3-5 Februari 2014 telah membincangkan mengenai Penghasilan Monosodium Glutamat (Msg) Menggunakan Mikro Organisma Terubahsuai. Muzakarah telah memutuskan:
 
  1. Setelah meneliti proses pengubahsuaian genetik dan teknologi baru dalam proses penghasilan Monosodium Glutamat (MSG) beserta fakta-fakta dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah mendapati bahawa bakteria penderma iaitu Lactic Acid Bacteria yang digunakan adalah diperolehi daripada ”Intestines Of Human Adult” (usus orang dewasa) yang kemudiannya telah dipencilkan serta dipurifikasikan.
     
  2. Berdasarkan proses dan sumber bakteria yang dikemukakan tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Penggunaan Mikro Organisma Terubahsuai iaitu Lactic Acid Bacteria yang diperolehi daripada ”Intestines Of Human Adult” (usus orang dewasa) dalam teknologi baru penghasilan Monosodium Glutamat (MSG) adalah dibenarkan kerana bakteria yang digunakan tersebut dikategorikan sebagai mutanajjis dan ianya telah melalui proses pengasingan dan penyucian yang tidak menyalahi hukum Syarak.
 
Klik disini untuk mencetak