JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Zakat Gaji Dan Pendapatan

Kategori: Zakat
Tahun: 2000
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Johor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 12 Muharam 1421 bersamaan 17 April 2000 telah membincangkan mengenai Zakat Gaji Dan Pendapatan.

Alhamdulillah fatwanya:

" Gaji dan pendapatan wajib dikeluarkan zakat bila mana cukup syarat-syaratnya. "

Kaedah pengiraan zakat penggajian atau pendapatan di Negeri Johor adalah seperti berikut :

Iaitu pendapatan kasar setahun semasa ditolak dengan keperluan asas sebenar pada tahun semasa. Sekiranya sama atau melebihi nisbah, maka zakatnya 2.5% atau 1/40.

Yang dimaksudkan keperluan asas sebenar pada tahun semasa adalah seperti berikut :

i. Saraan-saraan hidup yang diperlukan bagi :

a. sara diri - RM 8,000.00

b. isteri - RM 3,000.00 x bilangan anak

c. anak - RM 1,000.00 x bilangan anak

d. mereka yang di bawah tanggungannya ( kadar sebenarnya dan yang munasabah )

ii. Perubatan ( kadar sebenarnya dan yang munasabah )

iii. Pendidikan ( kadar sebenarnya dan yang munasabah )

 

Klik disini untuk mencetak