JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penjelasan Mengenai Sama Ada Terlepas Atau Tidak Fardu Kifayah Berjamaah Lima Waktu Di Masjid Atau Di Surau

Kategori: Ibadah
Tahun: 2002
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Johor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 18 Jamadilakhir 1423 bersamaan 27 Ogos 2002 telah membincangkan mengenai Penjelasan Mengenai Sama Ada Terlepas Atau Tidak Fardu Kifayah Berjamaah Lima Waktu Di Masjid Atau Di Surau.



Alhamdulillah fatwanya:


"Adalah menjadi kewajipan ke atas umat Islam setempat untuk mempamerkan syiar Islam, antaranya solat jamaah di masjid. Oleh itu tidak gugur kewajipan fardu kifayah jika didirikan jamaah di rumah dengan meninggalkan masjid."


 

Klik disini untuk mencetak