JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Menanam Tanaman Di Atas Tanah Perkuburan Islam

Kategori: Lain-lain
Tahun: 2003
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Johor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 30 Safar 1423 bersamaan 13 Mei 2003 telah membincangkan mengenai Menanam Tanaman Di Atas Tanah Perkuburan Islam.

Alhamdulilah fatwanya:

"Pokok-pokok besar yang ditanam di tanah perkuburan sekiranya berada di kawasan yang telah dikebumikan mayat-mayat, maka hendaklah dimusnahkan (ditebang dan dibersihkan) kerana akar pokok tersebut boleh menjalar sampai ke jasad mayat-mayat yang dikebumikan di tanah perkuburan tersebut."

Klik disini untuk mencetak