JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Anak Tidak Sah Taraf

Kategori: Munakahat
Tahun: 2004
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Johor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 5 Safar 1425 bersamaan 26 Mac 2004 telah membincangkan mengenai Anak Tidak Sah Taraf.

Alhamdulillah fatwanya:

Anak tidak sah taraf ialah :

1. Anak yang dilahirkan diluar nikah iaitu sama ada hasil daripada zina atau rogol.

2. Anak yang dilahirkan kurang 6 bulan 2 lahzah Qamariah (bulan Hijriah) dari waktu akad nikah dan dia bukan hasil daripada persetubuhan shubhah.

3. Anak yang dilahirkan lebih dari 6 bulan 2 lahzah Qamariah dari waktu akad nikah dan ada bukti dari segi syarak bahawa anak tersebut ialah anak luar nikah melalui ikrar (pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan isteri tersebut atau salah seorang daripadanya dan tidak diingkari oleh pihak yang satu lagi), atau adanya 4 orang saksi yang melihat berlakunya zina dan kesaksiannya pula memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syarak.

 

Klik disini untuk mencetak