JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Perlantikan Hakim Syarie Wanita

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2016
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pulau Pinang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 4/2016 yang bersidang pada 22-23 April 2016 telah membincangkan mengenai Perlantikan Hakim Syarie Wanita. Mesyuarat memutuskan seperti berikut:


(i) tidak bersetuju dengan cadangan Perlantikan Hakim Syarie Wanita dan mengekalkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 4/2012 bertarikh 17 Julai 2012. 


(ii) perlantikan Hakim Syarie Wanita bukanlah jalan penyelesaian bagi menangani isu-isu yang telah ditimbulkan dan ia belum sampai ke tahap keperluan ketika ini.


(iii) Pihak Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia juga disarankan agar menambah perjawatan Hakim dan mengutamakan perlantikan Hakim Syarie Lelaki serta memaksimumkan waktu tugasan para Hakim, umpamanya dijalankan perbicaraan pada waktu malam seperti yang pernah dilaksanakan di Mahkamah Syariah di Negeri Selangor.


Klik disini untuk mencetak