Badan Pertubuhan Bahai (BAHAI)
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 13 Julai 2000 telah membincangkan mengenai Badan Pertubuhan Bahai (BAHAI).
Alhamdulillah fatwanya,
1. Ajaran BAHAI adalah bukan ajaran Islam.
2. Umat Islam yang terlibat dengan ajaran bahai (BAHAI) adalah murtad. Oleh itu umat Islam adalah dilarang dan diharamkan untuk melibatkan diri dengan ajaran tersebut dan sesiapa yang terlibat hendaklah segera keluar dan bertaubat.