JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Permainan Kuda Kepang Di Negeri Johor

Kategori: Akidah
Tahun: 2009
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Johor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 18 Februari 2009 telah membincangkan mengenai Hukum Permainan Kuda Kepang Di Negeri Johor.

 

Alhamdulillah fatwanya ;

Permainan kuda kepang sama ada tarian biasa atau dramatari atau tarian gelanggang adalah haram kerana ianya bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

 

Semua umat Islam dilarang dan ditegah daripada melibatkan diri dengan permainan kuda kepang. mereka yang bergiat dalam permainan kuda kepang hendaklah berhenti serta merta dan bertaubat dengan taubat nasuha.'

 


????? ???? ???????

 

Klik disini untuk mencetak