JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Barang-Barang Masjid Yang Tidak Digunakan Lagi

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2003
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Johor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 26 Syaaban 1423H bersamaan 22 Oktober 2003M telah membincangkan mengenai Barang-Barang Masjid Yang Tidak Digunakan Lagi.

Alhamdulillah fatwanya:

" Bahawa perkakasan lama masjid yang dirobohkan untuk pembinaan semula hendaklah disimpan untuk kegunaan masjid pada masa yang akan datang atau digunakan untuk pembinaan masjid baru yang akan dibina. Sekiranya tidak diperlukan maka hendaklah dihibahkan kepada masjid atau surau yang berhampiran dan jika sekiranya tiada, maka hendaklah dihibahkan kepada madrasah atau balai masjid atau balai surau atau asrama pelajar atau balai kebajikan Islam.

Sekiranya barang tersebut telah ditawarkan kepada tempat tersebut di atas tetapi tiada yang memerlukannya, dan sekiranya disimpan akan merosakkan ain (barang) tersebut, atau dikhuatiri akan hilang, atau tiada tempat menyimpannya, maka bolehlah barang-barang tersebut dijual dan hasil penjualan tersebut digunakan untuk membeli barang-barang kekal seperti mimbar, almari, karpet, kipas angin dan lain-lain peralatan bagi mengekalkan tujuan wakaf untuk kegunaan masjid. "

 

Klik disini untuk mencetak