JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Mendirikan Solat Berjamaah Di Masjid Selepas Imam Ratib Selesai Solat Berjamaah

Kategori: Ibadah
Tahun: 2004
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Johor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 17 Jamadilawal 1425 bersamaan 5 Julai 2004 telah membincangkan mengenai Hukum Mendirikan Solat Berjamaah Di Masjid Selepas Imam Ratib Selesai Solat Berjamaah.

Alhamdulillah fatwanya:

Hukum mendirikan solat berjamaah di masjid selepas imam ratib selesai solat berjamaah adalah makruh menurut jumhur ( majoriti ). Walaubagaimana pun ia bukanlah suatu yang mutlak, malah hukum makruh ini terangkat sekiranya solat tersebut dilakukan dalam keadaan berikut :

1. Didirikan di masjid yang kedudukannya berada di tepi jalan yang sentiasa menjadi laluan dan tumpuan orang ramai untuk singgah menunaikan solat, atau

2. Tiada imam ratib yang dilantik untuk masjid berkenaan, atau

3. Keluasan masjid yang kecil dan tidak boleh menampung jamaah dengan sekali solat, atau

4. Di takuti keluar waktu sekiranya tidak didirikan di masjid berkenaan, dan

5. Diyakini tiada berlaku perpecahan dan perbalahan oleh masyarakat setempat.

 

Klik disini untuk mencetak