JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Zihar Di Kalangan Umat Islam Melayu Di Malaysia.

Kategori: Munakahat
Tahun: 2002
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Johor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 19 Jamadilawal 1423 bersamaan 30 Julai 2002 telah membincangkan mengenai Hukum Zihar Di Kalangan Umat Islam Melayu Di Malaysia

Alhamdulillah fatwanya:

" Sekiranya suami menyamakan anggota badan isteri dengan mahramnya ( orang yang haram dinikahinya ) tanpa niat zihar dan untuk tujuan bergurau atau penghormatan maka ia tidak jatuh zihar, tetapi jika ada niat zihar, maka jatuhlah hukum zihar. Walaubagaimana pun budaya atau amalan seperti ini hendaklah dijauhi. "

Klik disini untuk mencetak