JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Kedudukan Mayat Semasa Disembahyangkan

Kategori: Ibadah
Tahun: 2003
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 2/2003 yang bersidang pada 3 Jamadilakhir 1424H bersamaan 1 Ogos 2003 telah membincangkan mengenai amalan masyarakat Islam di Negeri Melaka berhubung kedudukan jenazah ketika disembahyangkan dan memutuskan seperti berikut:


1. Kedudukan imam semasa menyembahyangkan mayat lelaki adalah berdiri berdekatan dengan kepala mayat.

 

2. Manakala kedudukan imam semasa menyembahyangkan mayat perempuan adalah berdiri berdekatan dengan punggung mayat tersebut.

 

Klik disini untuk mencetak