JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Program Pembayaran Fidyah Sembahyang Dan Khatam Al-Qur’an Bagi Orang Yang Telah Meninggal Dunia

Kategori: Ibadah
Tahun: 2007
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil 5/2007 yang bersidang pada 2 Zulhijjah 1428H bersamaan 12 Disember 2007 telah membincangkan mengenai Program Pembayaran Fidyah Sembahyang Dan Khatam Al-Qur’an Bagi Orang Yang Telah Meninggal Dunia. Mesyuarat tersebut bersetuju memutuskan seperti berikut:


a) Tiada qadha’ dan tiada fidyah bagi sembahyang yang ditinggalkan oleh orang yang telah meninggal dunia berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Malik bin Anas dalam kitab al-Muwatta’ daripada Ibn Umar radhiyallahu ‘anhuma: 


Maksudnya : “Seseorang tidak boleh puasa untuk menggantikan puasa orang lain, dan tidak pula solat untuk menggantikan solat orang lain”.

 

b) Tidak harus mengambil upah membaca dan mengkhatamkan al-Qur"an bagi orang yang telah meninggal dunia berdasarkan hadith riwayat Ahmad, Tabrani dan al-Baihaqi daripada Abd al-Rahman :

 

Maksudnya : “Bacalah olehmu al-Quran serta beramal dengannya, jangan menjauhi diri daripadanya, jangan mengkhianati kandungannya dan juga makan dengannya (al-Quran) dengan cara mengambil upah”.

 

c) Sebarang pemungutan wang atau sumbangan-sumbangan lain bagi apa-apa maksud khairat orang Islam oleh mana-mana orang atau kumpulan orang tanpa kebenaran daripada pihak Majlis Agama Islam Melaka adalah berlawanan dengan seksyen 94, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002. Oleh yang demikian, ia menjadi suatu kesalahan dan pihak yang menjalankan aktiviti tersebut tanpa kebenaran Majlis boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Klik disini untuk mencetak