JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Cadangan Menjalankan Nurseri Menanam Cendawan Di Bekas Kandang Khinzir.

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2006
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 2/2006 yang bersidang pada 2 Safar 1427H bersamaan 2 Mac 2006 telah membincangkan mengenai Cadangan Menjalankan Nurseri Menanam Cendawan Di Bekas Kandang Khinzir. Mesyuarat bersetuju memutuskan seperti berikut :


Nurseri menanam cendawan harus dijalankan di kawasan bekas kandang khinzir, Melaka, dengan syarat kandang tersebut hendaklah disamak terlebih dahulu menurut ketetapan syara' untuk menyucikan najis yang ada. Manakala kawasan tanah yang telah dicemari oleh najis khinzir, maka proses penyuciannya boleh dilakukan sama ada dengan menambak kawasan yang telah dicemari najis khinzir tersebut atau membuang permukaan tanah yang tercemar itu hingga menampakkan lapisan tanah yang bersih. Bagi kolam kumbahan pula, hendaklah dibersihkan dengan cara membuang air dan pepejal najis khinzir yang ada di dalamnya dan membiarkan air hujan atau mata air yang baru memenuhinya sehingga hilang "ain (warna, bau dan rasa) najis tersebut. Kerja-kerja penyucian dan pembersihan tersebut hendaklah dipantau dari semasa ke semasa oleh pihak Pejabat Tanah dan Pejabat Agama Islam Daerah Jasin.

 

Klik disini untuk mencetak