Resolusi Muzakarah Ulama
Mesyuarat bersetuju menerimapakai resolusi Muzakarah Ulama 2006 pada 14-16 Jamadil Awwal 1427H/11-13 Jun 2006 bahawa: 'Aliran pemikiran Islam liberal dan fahaman pluralisme agama (menyamakan semua agama/mengakui kebenaran semua agama) sebagai penyimpangan serius dan berbahaya. Ia dalah sebahagian daripada agenda al-ghazw al-fikriyy (serangan pemikiran) yang didalangi oleh kaum orientalis dan dilatari oleh pengaruh faham asing seperti sekularisme, modenisme dan pascamodenisme. Pemikiran liberal dan plural dalam konteks tersebut jelas menggugat pokok-pokok ajaran Islam serta mencemarkan kemurnian dan ketulinannya, termasuk:
a) Mencemarkan kemurnian tawhid (teras "aqidah Islamiyyah).
b) Menggugat kemutlakan al-Qur"an sebagai kitab suci, wahyu Ilahi (kalamullah).
c) Menggugat martabat kerasulan dan keluhuran peribadi Nabi Muhammad sallallahu "alayhi wasallam. d) Menggugat autoriti al-Sunnah dan ijma" ulama".
e) Menggugat keunggulan syari"at dan kedaulatannya.